Sumut 2015 (V2.0) : Menuju Sibolangit

Sunday, September 06, 2015

Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part III)

Dari Tangkahan kami bergerak terus menuju ke Sibolangit. Untuk itu kami perlu berpatah balik ke Medan dan terus melalui Padang Bulan untuk ke Sibolangit. Hajat nak belasah durian di Padang Bulan tak berjaya kerana ribut dan hujan lebat petang itu; hanya bau durian ajelah yang mampu kami hidu huhuhu. 

Kami tiba di Sibolangit ngam-ngam lepas Maghrib. Awal sangat kot nak pacak khemah. Bila Yovie bentang usul untuk pergi berendam dalam kolam air panas di Berastagi terus kami setuju memandangkan kulit masing-masing memang tengah gatal-gatal gara-gara terkena air yang bercampur dengan najis gajah di Tangkahan. Banyak kolam air panas diusahakan oleh penduduk tempatan di Berastagi. Dalam banyak-banyak tu kami singgah di Sidebu Debu. Katanya anak kolam private di sini, tak perlu nak bercampur dengan group lain atau berlainan jantina. Bayaran masuk, serius lupa berapa. Yang pasti, takdelah mahal sangat sampai berpinar mata dibuatnya.

Sesiapa yang perah singgah di Berastagi mesti tau suasana dinginnya yang mirip seperti Cameron Highland. Pula tu, masa kami di sini hujan sepanjang saat. Bila diminta untuk turun dalam kolam memang fikir berkali, sejuk tu! Bila tengok masing-masing bergumbira di dalam air panas, emm tergugat jugalah iman; tak kira nak cuba juga! Serius best! Mulanya memang terasa panasnya air tapi lama kelamaan jadi nyaman pula. Lama jugalah kami berendam di situ; apa yang pasti baju sampai ke hari ni tak hilang bau belerangnya walaupun dah berkali-kali basuh huhuhu.
Kolam Air Panas Sidebu-Debu [pic : syikin]

Seterusnya kami singgah di pekan Berastagi untuk makan malam. Kelaparan tak hengat dunia! Di sini juga kami sempat shopping stok barangan mentah (beras, roti dan sebagainya) di Alfa Mart. Waktu di warung sembang-sembang pasal cerita hantu sekali Yovie terlepas cakap berkenaan tapak perkhemahan di Sibolangit. Terus ambil keputusan tak nak camping, tak kira apa pun jadi memang tak nak camping kat situ. Memang dah kena gelaklah dengan Yovie waktu ne tapi tak kisahlah. Nasiblah Yovie kata ada penginapan murah berdekatan kawasan perkhemahan itu. Kalau tidak, ada yang tidak dalam kereta secara berjemaah malam tu huhuhu.
Waktu ne mereka berdua sedang berkongsi pengalaman berhadapan cahaya waktu kami camping di Dolok Tinggi yang lalu.

Malam itu, kami menginap di homestay berdekatan Kampung Baru, Sibolangit. Sebiji rumah (2 bilik) berharga Rp190,000 tapi keadaan bilik memang geli  giler nak jejak lantainya. Bilik air siap ada pacat lagi. Nasib masing-masing ada bawa sleeping bag, malam tu memang berbungkus dalam tu sebab tak lalu nak tidur atas tilam yang disediakan...

* Bersambung

You Might Also Like

1 comments

  1. Last February, I spent the CNY holidays in Medan and Brastagi and met some Malaysian tourists and travelers up there. Ohw, you should try the Durian and also the Durian's pancake. It's too bad that they tagged the Durian with such a high price here in Jakarta ...

    ReplyDelete

Subscribe