China Autumn Trip 2015 : JJCM di Xian (Part II) ~ Muslim Quarter

Monday, January 11, 2016

China Autumn Trip 2015 : JJCM di Xian (Part I)

Projek makan-makan di malam hari. Dari Hantang House ke Muslim Quarter ini tak jauh mana pun. Dalam 10 minit je menapak. Memang rambang biji mata dibuatnya. Rata-rata makanan dijual dengan harga RMB5 dan ke atas dan majoriti makanan yang dijual di sini sama aje jenis. Ikut nafsu memang semua nak dicuba. Pandai-pandailah mencari yang terbaik, kalau tidak harus dibuang dalam tong sampah sebab tak mampu ditelan tekak. Hati-hati juga di sini, jangan sampai tersalah memilih sebab tak semua yang berstatus halal, halal untuk dimakan. Perhatikanlah sama ya ;-)
Bell Tower, tak masuk pun di sini. M.A.L.A.S
Ini bebola ikan bakar. Rasanya emm tak ubah macam kunyah bebola getah. Liat sungguhlah. Tak sedap langsung. Yang terasa hanya pijar satu mulut huhuhu.
Dalam banyak-banyak kambing bakar yang dimakan, daging yang pakcik ne jual yang paling sedap. Daging kambing dia moist giler dan secukup rasa rempahnya. Gerai pakcik ne dekat bebenor dengan Bell Tower. Harga cuma RMB10/1 cucuk.
 Kambing bakar yang moist giler - haih buat teringat je huhuhu
 Pilih jangan tak pilih hehehe!
Kuih ne mula-mula kitaorang ingat putu piring tapi silap. Rasanya, emm buat saya teringat pada ambuyat. Kenyal-kenyal-liat. Sedap jugalah
Tauhu busuk - langsung tak boleh nak telan (maaf!)
Syurga buah delima di sini. Saiz gedabak-gedabak.
Nampak orang beratur ramai giler, kami pun ikut beratur. Sekali rasa, errr harus kena darah tinggi. Masin tak ingat dunia! Ke tong sampah nasib kebab ini huhuhu.
Teringin nak rasa roti-roti ini tapi perut dah penuh giler!
Derang buat gula-gula ini. Tak try pun apa rasanya.

Ada satu insiden yang berlaku waktu kami di sini. Emm, kami diikut oleh sepasang lelaki. Mulanya saya tak perasan pun kehadirannya. Sedar pun bila JC tarik saya ketepi dan bagitahu saya mamat tu sengaja berjalan ditengah-tengah group kami. Emm, tak taulah kenapa sampai boleh tak perasan apa pun. Nak kata saya melopong sangat, takde pula. Yang paling menakutkan, pasangan lelaki ini rupanya sama dan memakain pakaian yang sama. Gaya dia jalan, emm tangan sentiasa di belakang dan waktu dia berjalan di antara kami dia boleh pandang muka salah seorang daripada kami dengan tanpa rasa bersalah. Waktu kami lari masuk ke dalam starbucks, dia boleh tunggu di luar. Bila tengok kami lama di dalam, dia boleh pula masuk ke dalam cafe dan cari kami. Tuhan bantu kami di sini, mamat tu tak nampak kami di dalam cafe dan terjenguk-jenguk mencari kelibat kami. Mungkin sebab dia tak nampak kami, dia beralih keluar dari cafe dan mundar-mandir di situ dan terus berpatah balik menuju ke Bell Tower. Nampak aje mamat ne blah, kami terus pecut keluar ke arah pintu bertentangan. Waktu ne, memang laju je lah menonong sebab takut dan terus berjalan ke hostel. Ngeri! Kot tetiba dia keluarkan pisau dan acukan kepada kami; ok, tak nak membayangkan yang bukan-bukan. Jadinya, hati-hati ya kawan2 sekali.


* bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. Tengok pun nampak sedap Zila..
    Kambing bakar pak cik tu..
    Patutlah Zila teringat kesedapannya..
    Zila kenapa tak dibeli gula2 tu..
    Kalau perut masih kenyang..
    Gula2 tu boleh disimpan..
    Akak pulak rasa ralat tak dicuba rasa gula2 itu :)

    ReplyDelete
  2. haaa takuit!!! ehhh tapi kenapa kambinggggggggg tu sedap sgtttttt??? telan air liurrr la pulak~

    ReplyDelete
  3. la.. tu ke namanya tauhu busuk. mmg tak sedap!! masuk dlm tong sampah!
    Tapi masa beli tauhu camgitu kat kunming...sedap pulak.

    ReplyDelete

Subscribe