China Autumn Trip 2015 : Mt. Singuniang , Rilong (Part II)

Tuesday, January 05, 2016

Sambungan dari China Autumn Trip 2015 : Mt. Singuniang, Rilong (Part I) 

Kami tiba di ketinggian 3470 meter dengan pemandangan yang tersangatlah memukau. Serius, tak tahu nak ambil gambar macam mana dah untuk rakamkan keindahan yang ada. Di sini, ada disediakan toilet dan ada makcik-makcik yang berjual makanan/minuman segera. Bolehlah kalau nak alas perut (err jangan main belasah beli pula, tengok-tengok jugalah boleh dimakan atau pun tidak). 
 Withered Tree Beach

Sedikit info berkenaan Withered Tree Beach (C&P aje)
"It is at an elevation of 3470m cover an area of about 1200 square meters where the cypress and firs withered away due to alluviation of snow and water and their roots staggered and branches stretched orderly, presenting the original beauty"
Layan view disekitarnya.
Tandas disediakan di sini dan dalam keadaan yang bersih. 
Nenek ne memang dalam dunianya yang tersendiri - tak ambil kisah pun dengan keadaan sekeliling.
Kalaulah dapat daki ke atas...

Puas berehat di sini kami kembali meneruskan perjalanan. Target kami untuk pergi sejauh mungkin. Misal kata tak dapat sampai ke penghujung pun tak apa sekurangnya ada alasan untuk kami kembali ke sini lagi. Melepasi Tree Beach, pemandangan tak ubah seperti di alam fantasi. Bayangkan tengah kami lepak-lepak tu muncul kuda liar dihadapan kami; mau tak teruja! Selalu tengok adegan seperti ini dalam filem-filem fantasi di kaca tv tapi la ne semuanya dah ada didepan mata. Tampar pipi berkali-kali pun masih tak percaya ini semua realiti. Sungguh, China benar-benar memukau saya!
Jom ke teruskan perjalanan ke hadapan. 
 Bukan seekor kuda liar yang tetiba muncul tapi berekor-ekor tau. Nasib unicorn tak muncul, kalau tidak mau pengsan kekaguman tengahari tu.
Pepohon dah semakin jarang diketinggian ini. Campak jaket ketepi, panas!
Puncak ini memang buat saya garu kepala; putus nyawa nak mendaki ke puncaknya!

Kalau ikutkan jauh jugalah kami trekking ke hadapan tapi bila mengenangkan kami perlu kembali ke pangkal jalan sebelum jam 5.30pm untuk kejar shuttle bus terakhir, nak tak nak kami perlu berpatah balik. Tak mengapalah, tak lari gununug dikejar. Ada rezeki, boleh datang lagi. Jadi masalah pula nanti jika tertinggal shuttle bus. Nak menapak ke hostel, memang tak sanggup. Jauh giler kot! Perjalanan berpatah balik hanya mengambil masa tak sampai pun 2jam. Laju sungguh sebab tak tahan lapar. Lepas claim semula deposit, ngam-ngam ada shuttle bus di situ dan kami kembali semula ke Rilong Town. 

Hari yang panjang, namun puas!
Rilong Town yang umpama padang jarak padang terkukur. Apa pun takde kat sini huhuhu
Kebanyakan bangunan ini adalah hotel/guesthouse tapi tak tahulah kenapa semuanya sepi dan bertutup.

Sebut pasal Rilong Town ne, teringat kenangan mencari minyak masak di sini. Haih, tak taulah depa ne guna minyak apa untuk memasak. Kedai runcit pun tak kelihatan walaupun puas mencari huhuhu. Nak tau apa kami buat untuk goreng ikan bilis? Hah, minta butter dari hostel dan diberikan butter yang diperbuat dari susu yak. Emm, sebelum guna bau. Memang boleh tahan. Tapi bila kami guna butter tersebut untuk goreng ikan bilis, muntah darah dengan bau yang keluar. Giler busuk!! Nak makan ikan bilis tu pun kami tak sanggup; rasa macam satu mulut ne penuh dengan yak! hahahaa! Akhirnya dalam terpaksa kami buang jugalah ikan bilis goreng tu. Bilik jangan cakaplah, melekat dengan bau yak! Sampai kami terpaksa buat air sabun dan lap dinding dan lantai dengan air sabun tu untuk hilangkan bau. Eeee, mimpi ngeri kami dengan yak! hehehe

You Might Also Like

18 comments

  1. kalau la ada button 'like' saya tekan beribu kali. sigh~ takde mood nak kerja dah bila baca blog akak nih. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke takde mood sebab baca blog ne? ke ada alasan lain ne? hehehe

      Delete
  2. cantik sungguh viewnya di musim sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik..rasanya kalau awal2 autumn ne mesti lagi cun..

      Delete
  3. Kami makan pizza keju yak kat Nepal, sedap! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasiblah sedap hahaha...kalau tak trauma macam kami ne hah :D

      Delete
  4. bersih tempat ni..lagi2 dekat sungai kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. achik smile, national park di china mmg sgt2 bersih...nak jumpa sampah sehelai pun tersangatlah susah..

      Delete
  5. yak? sampai guna air sabun mmg betul kuat tuh baunya

    ReplyDelete
  6. Lawanyer! Bak kata Zilla, sebijik macam dalam buku fantasi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa giler, kay..kalau boleh camping kat situ, memang syok rasanya...ikut apa yang saya baca, mt.saguniang ne merupakan lokasi pertama ditemui panda di china.

      Delete
  7. amboiii gigihnya lap dinding tuh. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. syieda, tak tahan dengan baunya + tak nak kantoi kitaorg masak2 dlm bilik :D

      Delete
  8. Keren banget pemandangannya. baru tahu Cina itu punya lanskap dengan pemandangan seiindah itu.
    gunungnya runcing banget ya. gunung yang runcing itu batu bukan Mbak Zilla ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah kerna itulah saya katakan China penuh dengan kejutan, Mas Gunadi..Nggak puas kok melihat keindahannya..

      Delete

Subscribe