South Korea Winter Trip 2015 : Day 4 (Part III) ~ Bukchon Hanok Village, Masjid Seoul & LED Roses, Seoul

Wednesday, February 17, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 4 (Part II) ~ Macaron House & Miss Lee Cafe, Seoul

Perut dah kenyang, kami teruskan menapak ke Hanok Village. Tak habis pun pusing sebab nak berkejar untuk mencari lokasi solat. Akhirnya, saya bawa mereka ke Masjid Seoul di Itaewon. Sempat jugalah layan korean food di Murree Restaurant sebelum kami lajakkan terus perjalanan ke Dongdaemun untuk tengok LED roses yang menjadi pujaan ramai (sorry takde mood nak bercelotah panjang lebar).

Layan gambar.
Sian pakcik tu, rasanya dekat sejam juga dia pacak tripod dan kamera kat situ untuk ambil gambar..nak buat macam mana, ramai giler kot orang petang tu
Dah tak kisah dah ada orang ke tidak, ambil je lah apa yang ada untuk kenangan huhuhu
Layan ajelah ye...
Pokok pisang kaki - cantik giler view kat sini. Siap memasing beratur untuk giliran bergambar di sini. Saya? Emm tak kuasalah nak beratur!

Destinasi seterusnya adalah Itaewon untuk solat dan dinner. Kalau dari Bukchon Hanok Village boleh ikut direction ni untuk ke Itaewon

Anguk Station, Line 2 - transfer to Line 6 at Yaksu Station - Itaewon Station, Exit 3
Sempat layan sunset dari masjid ini 
Pemandangan dari masjid
Dongdaemun Design Plaza - sekali tengok macam UFO lah pula hehehe.
LED roses di Doota shopping mall
Ini pula di Design Plaza - banyak giler!

You Might Also Like

2 comments

  1. LED rose ni ada masa tertentu je ke? Cantik

    Masa singgah masjid Seoul tu, malam tu dah tutup, sbb nak elakkan org gelandangan dan mabuk tido dlm masjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kay...saya main belasah je haritu, tak sangka pula ada lagi ros nya hehehe

      Delete

Subscribe