Ayah By Andrea Hirata

Monday, March 28, 2016



Rasanya tak perlu saya kenalkan lagi siapa Andrea Hirata. Karya terbaru beliau Ayah telah dikeluarkan pada tahun 2015 dan saya hanya memilikinya Februari yang lalu waktu kunjungan saya ke Jakarta. Awalnya memang saya ragu-ragu untuk membeli buku ini kerana saya lebih tertarik untuk mengikuti perjalanan si 'babi hutan' dalam naskah Pulang oleh Tere Liye tapi mungkin sudah tertulis 'jodoh' saya dengan Ayah, akhirnya hampir 3 jam saya berfikir lalu Ayah juga yang saya capai dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Buku ini saya ambil masa cuma 3.5 jam untuk saya tamatkan pembacaan saya. Jalan cerita yang simple dan senang difahami kerana menggunakan Bahasa Indonesia yang mudah. Walaupun serba-serbi mudah tapi emosi saya turun-naik; rindu ayah di kampung dan menangis. 

Watak utama dalam naskah ini adalah Sabari yang terlalu memuja dan mencintai Maslena. Sungguh di dalam dunia nyata ini saya berharap sangat masih wujud Sabari yang menjadi pemuja cinta pertamanya (Lena) hingga ke akhir hayat. Sanggup mengorbankan dirinya juga kerana cinta walau hakikatnya cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan.  Sungguh, banyak yang saya pelajari dari novel ini termasuklah kekuatan ikatan persahabatan antara Sabari,Tukun dan Tamat (tetiba rindu dengan mereka-mereka itu).

Saya paling menyukai turun/naik perasaan waktu Sabari kehilangan Zorro, anaknya. Kesempurnaan hidup yang selama ini dinikmati hanya kerana adanya Zorro seolah direntak waktu Lena membawa pergi Zorro bersama dengannya selepas perceraian mereka. Apa yang dimiliki ditinggalkan hanya kerana Zorro (tetiba pula terasa mata masuk habuk). Betapa besarnya kasih seorang ayah...

Sabari melirik bayi itu. Napasnya tertahan melihat pipi dan kening berair-air, hidung mungil dan mulut lembut bak kelopak mawar. Bayi itu bak sebongkah cahaya. Sabari gemetar karena melihat bayi itu dia menemukakan seseorang yang selama ini bersembunyi di dalam dirinya. Orang itu adalah ayah (181)

***

Wahai warna-warni yang berkelebat
Tak sudikah singgah sebentar?
Hinggap di hatiku yang biru
Mengharu biru kerana rindu

***

Wahai awan
Kalau bersedih
Jangan menangis
Jangan turunkan hujan
Karena aku mau pulang
Untukmu awan
Kan kuterbangkan layang-layang (63)

***

"Segala hal dalam hidup ini terjadi tiga kali. Pertama lahir, kedua hidup, ketiga mati. Pertama lapar, kedua kenyang ketiga mati, Pertama jahat, kedua baik, ketiga mati. Pertama benci, kedua cinta, ketiga mati. Jangan lupa mati, boi!" - Ayah Sabari 

*Wajib baca!

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam Zilla, akak mmg suka buku2 Andrea Hirata sejak berkenalan dengan Laskar Pelangi....Harap "Ayah" ada terjual di pesta buku pwtc akan datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga, kak..saya suka dengan bahasanya kak..simple tetapi indah..

      Delete

Subscribe