South Korea Winter Trip 2015: Day 8 (Part II) ~ Sunset di Oryukdo & Gwangan Bridge, Busan

Wednesday, March 09, 2016

Sambungan dari South Korea Winter Trip 2015: Day 8 (Part I) ~ Muzium Busan & Oryukdo Skywalk, Busan

Orang kata kalau nak cepat dapat jodoh, kena selalu tengok sunset. Rasanya dah dekat 80juta kali kot saya layan sunset tapi jodoh tak juga sampai; kalau ada pun semua dah berlalu pergi. Jadinya, macam mana tu? Haruskah saya genapkan menjadi 100juta?hehehe *merepek sungguh! Walhal waktu beginilah kita harus bersiap untuk Maghrib dan bukannya dok sibuk layan sunset hehehe.

Sunset di Oryukdo Skywalk ini antara sunset terbaik pernah saya saksikan. Sempurna sekali kejadiannya. Sayangnya tak sempat pun nak layan saat langit bertukar ke pelbagai warna. Kekawan dah sibuk ajak balik huhuhu. Itu pun waktu saya sibuk menghayati keindahan suasana matahari terbenam mereka boleh bantai menyorok di balik tembok sebab angin yang terlalu kuat di jeti tu. Sedih! huhuhu.
 

Entah bilalah lagi saya akan berkesempatan menyaksikan keindahan seperti ini lagi. Kesian dengan kawan-kawan saya ambil keputusan untuk balik. Opps sebelum tu, saya bawa mereka ke Gwangan Bridge terlebih dahulu. Walaupun takde apa yang menarik di situ, tapi sekurang-kurang boleh orang tanya mereka dah sampai atau tidak di Gwangan, bolehlah mereka jawab dengan bangga "dah!!". 
Suasana dari bus stop - serius saya masih teruja dengan keadaan waktu itu

Dari bus stop kami ambil bas untuk menuju ke station subway berhampiran. Untungnya, tak perlu nak tukar line. 

Metro line 2 - Geumryeonsan Station, Exit 3. 

Dari Exit 3, jauh juga sebenarnya nak kena menapak ke Gwangan Bridge. Memasing memang dah keletihan saat ini. Jadinya bila sampai di Gwangan, lepak situ dalam 20 minit dan terus bebudak tu ajak balik. Penat sangat katanya. Saya sendiri pun sebenarnya dah terasa tak larat sangat dah. Lutut rasa macam nak tanggal gara-gara kepenatan. 
Gwangan Bridge yang terkenal itu - boring! heheeh

Dari Gwangan Bridge, kami terus balik ke guesthouse. Nasib kami baiklah guesthouse berada di line yang sama, so tak perlu nak tukar-tukar line. Tiba di hostel, masak dan bantai berborak dengan isteri Mr. Kim yang giler peramah. Sekali lagi malam itu, sekitar jam 3.00am baru kami terlena.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe