Sumut 2016 : Menuju Gunung Meriah, Simalungun, Sumatera Utara

Thursday, March 17, 2016

Tak tahu kenapa, saya suka memerhatikan kamu wahai anak.

Naik gunung tu enak sesuai untuk mereka-mereka yang sedang patah hati untuk kembali mencari jati diri - begitulah yang saya baca di blog-blog pendaki hehehe. Apa pun tujuannya, yang penting selamat pergi dan balik. Bab jati diri tu, kita letak di tangga kedua. 

Gunung Meriah, tentangan menuju ke perkampungan terakhirnya memang penuh cabaran. Bangun-tidur-makan-tidur lagi tetap juga tak sampai. Jauh sungguh meredah kegelapan malam dan hutan. Yovie galak menakutkan kami dengan kisah kuntilanak; aduhai janganlah tetiba kau terbang muncul di hadapan kereta!!

Dari perkampungan terakhir menuju ke tapak perkhemahan juga melalui tentangan yang hebat. Dengan trek yang licin kami meredah kegelapan malam. Saat ini saya memang lapangkan fikiran tak mahu berfikiran berkenaan perkara yang bukan-bukan. Syukur, perjalanan malam itu aman sekali. Namun, lain pula jadinya. Trek malam ini dah umpama syurga buat sang pacat. Punyalah banyak. Sampaikan ke dalam ke dalam sleeping bag sang pacat menyelit. Akhirnya dah tak kuasa nak fikir, redha ajelah dengan kehadiran sang pacat. Lantak kaulah, asal jangan lintah sudah....

Sebahagian dari rentetan perjalanan di Sumatra Utara...

You Might Also Like

6 comments

  1. alamak paaacat.. ni lomah ni masuk2 utan huurm =3

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggap aje pacat salah satu cara nak buang darah kotor ;)

      pacat saya boleh terima lagi tapi jangan lintah, tak sanggup..

      Delete
  2. Patah hati. Setuju. Asal jiwa kacau je sy g Bukit Besi. hihi. tak suka pacat. cmne lah tu tdo pacat byk2. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham ajla ;)

      tido ttp lena wpun kawasan keliling penuh pacat..siap ada yang masuk dlm sleeping bag..saya sendiri, 8 ekor pacat dok gigit tempat yang sama..tu belum lain2 tempat lagi..la ne dok menahan kegatalannya..waaaaaa tak sangguppppp, gatal!!

      Delete

Subscribe