India Trip 2016 : Menuju Sangla Valley (Part I)

Thursday, November 17, 2016

New Delhi - Rampur - Sangla

Saya terus skip untuk hari berangkat ke Delhi. Takde apa pun nak dicerita, yang penting semuanya berjalan dengan lancar sepanjang perjalanan.

Plan asal sebenarnya sewa kereta sepanjang 10 hari di Himachal Pradesh dengan kos Rs3500/day dengan kos tambahan Rs5000 untuk pick up kami di/ke New Delhi. Tapi disebabkan seorang tarik diri 2 hari sebelum berangkat, segalanya menjadi kucar-kacir terutamanya bab budget yang tiba-tiba bertambah. Selain dari itu, banyak pula hidden charge yang tetiba kami perlu bayar terus kami sepakat untuk lupakan sahaja untuk menyewa kereta. Serba-serbi jadi lintang pukang. Nak tak nak malam tu selepas check in di KG Hotel, Main Bazar Road memang bersekang biji mata dibuatnya mencari info dan susun plan baru berdasarkan plan asal kami. Apa pun jadi saya nekad untuk explore Himachal.

Ada 2 cara untuk ke Sangla Valley dari Delhi:

a) Ambil bas ke Shimla dan dari situ ambil bas ke Sarahan. Dari Sarahan ada minivan atau sewa teksi ke Sangla; atau
b) Ambil bas ke Rampur dan dari situ cari minivan atau sewa teksi ke Sangla

Untuk menjimatkan masa saya ambil keputusan untuk terus ke Rampur dengan jarak sekitar 788km dan perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 12jam. Info ini semuanya saya dapat dari internet dan realitinya ya ampun, tuhan sahaja yang tahu bagaimana keadaan sebenarnya.

Pagi itu sesudah Subuh, selepas puas bergolek atas katil kami terus gerak menuju ke Inter State Bus Terminals (ISBT) yang terletak bersebelahan Kashmere Gate Station untuk mencari tiket bas menuju Rampur.

RK Ashram Marg Station (Cyan Line) transfer at Rajiv Chowk Station for Yellow Line and get off at Kashmere Gate Station, Exit 7 

Keluar dari Exit 7 kalau tak tahu nak hala ke mana, tanya aje local. Jaraknya takde jauh mana  pun, dalam 3 minit berjalan je dari metro station tu untuk tiba di ISBT. Kalau malas berjalan boleh naik rickshaw dengan harga Rs100. Satu yang menyampahnya naik metro, tiap kali nak masuk kena scan segala benda. Haish, kalau sehari tu 10x naik metro maksudnya 10x jugalah badan dan beg kena scan huhuhu. 
ISBT terminal

Untuk ke Rampur, sehari cuma ada 2 bas sahaja yang dikendalikan oleh HRTC. Pilihan bergantung pada budget samada nak naik aircond bus (Rs915) atau pun normal bas tanpa AC (Rs620). Oleh kerana trip ini pun di penghujung autumn, jadinya tak perlulah nak beraircond bagai. Mahu kejung kesejukan pula dalam bas tu nanti. So kami sepakat untuk ambik normal bas dengan dan bas berangkat jam 6.31pm. Untuk bas menuju mana-mana destinasi di Himachal, sila pergi ke kaunter 9. Tiket dah ada di tangan, kami kembali ke Main Bazar Road untuk menjemput kawan-kawan yang lain dan dalam 4.30pm kami bergerak semula ke ISBT. Tepat 6.31pm kami bergerak meninggalkan Delhi menuju Rampur. 
Tak dapat diskaun untuk perjalanan Delhi - Rampur huhuhu
Sempat layan set vege burger di McD bersebelahan Exit 7. Untuk satu set ini berharga Rs132
Bas menuju Rampur berada di Platform 20

Keadaan bas? Waaaa, nangis! Tak ubah macam keadaan bas tahun 90an. Kerusi pun dah takde span. Memang duduk atas kayu. Seat 2 - 4. Kebetulan saya dapat seat untuk 4 orang, memang dah macam burger dibuatnya. Bas pun bukanlah direct bas; kami singgah di Chandigarh, Shimla dan berhenti di sepanjang jalan tiap kali ada orang yang menahan. Perjalanan yang dikatakan mengambil masa 12 jam bertukar menjadi 15 1/2 jam untuk tiba di Rampur. Lelah dibuatnya! Kami diturunkan di pekan Rampur dan dari situ (atas bantuan orang ramai) kami ambil bas jurusan Karchham dengan tambang Rs130/person dengan perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba di Karchham Dam (hentian terakhir untuk ke Sangla Valley).

Perjalanan dari Rampur ke Karchham Dam memang menakutkan. Dahlah jalannya menyusur gunung-ganang, driver bas boleh pula dok pecut macam pandu F1 di Litar Sepang. Memang doa banyak-banyak agar kami tak 'terjun' ke dalam gaung. Satu perkara yang agak menarik, orang-orang di wilayah ini baik-baik belaka dan tak hairan langsung pun dengan pelancong luar. Misal kata tiba-tiba ada local sedekah manisan atau jajan, jangan tolak tau nanti mereka akan marah. Terima aje dengan senang hati; makan atau tidak belakang cerita.
HRTC Bus Terminal, Rampur. Di sini ramai peminta sedekah, hati-hati sebabnya mereka ini suka meraba
Info tambahan:
- Sila pastikan jalan tersilap beli tiket ke Rampur kerana ada 2 Rampur di India. Satu di Uttar Pradesh (hanya 4 jam dari Delhi) dan satu lagi di Himachal.
- Jika berhajat untuk cuba route yang sama, jangan lupa bawa fleece, winter jaket atau apa2 lah yang bisa menghangatkan badan. Bukan apa bila kenderaan mula memasuki Chandigrh, keadaan mulai dingin. Sila jangan terkejut bila tiba-tibal local keluar selimut...

 * bersambung untuk misi mencari bas ke Sangla Valley

You Might Also Like

2 comments

  1. tak mampu nak bayang kalau naik bas takde aircond kalau masa musim panas. tingkap boleh bukak la kan?

    teringat kawan2 yg study india, kata diorg kalau kat india ni selagi boleh nak beli tiket yg first class. makan pun kena first class & proper nanti diarrhea poisoning semua. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis,

      Yup tingkap blh dibuka..kalau musim panas silalah ambil ac bus..kalau x mau terasa mcm duduk dlm microwave..

      So far Alhamdulillah takde kena food poisoning..sembelit lagilah ada hanis hehehe..

      Delete

Subscribe