India Trip 2016 : Menuju Sangla Valley (Part II)

Monday, November 21, 2016

Sambungan dari India Trip 2016 : Menuju Sangla Valley (Part I) 

Konduktor bas yang kami naiki dari Rampur turunkan kami di Karchham Dam di mana di sinilah kami perlu ambil bas untuk ke Sangla Valley. Tunggu punya tunggu, bayang bas langsung tak kelihatan. Yang ada di pinggir jalan cuma jeep (ala-ala van sapu) yang akan membawa penumpang ke Sangla. Harga, memang agak mahal sedikit dari bas tapi hentam sajalah, dari tunggu bas yang tak tahu jam berapa akan tiba. 
Di sinilah kami diturunkan. Jeep yang kelihatan, itulah jeep ala-ala van sapu yang menghubungkan antara Sangla Valley dan simpang di Karchham Dam. 

Masalah utama di sini, takde sorang pun yang boleh berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Melayu. Semuanya ala-ala stok hindustani gaya percakapannya. Nak tanya perihal bas pun dah macam itik dan ayam lagaknya; itu pun ko cakap lain, aku faham lain huhuhu. Susahnya lah hai! Malas nak tambah sakitnya kepala kami sepakat untuk sewa jeep sapu dengan harga Rs800 atau lebih kurang RM50 lah duit kita. Pejam mata jelah keluar duit...
Karchham Dam. Di wilayan ini memang banyak giler empangan dan dari info yang saya baca pembinaan empangan ini sebenarnya banya bawa kebaikan kepada warga kampung melalui penjualan tanah bagi pembinaan empangan ini. 

Jarak menuju Sangla Valley cuma 16km sahaja tetapi jalan yang kami tempuhi, ya ampun memang rasa macam nak menangis sepanjang jalan. Terasa nyawa benar-benar dihujung tanduk; misal kata terbabas memang mati katak dibuatnya. Memang sesuailah gelaran yang diberikan sebagai Deadliest Roads in the World. Paling menakutkan bila bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan dan perlu melalui selekoh tajam. Waktu ini memang terfikir sangat "apa bendalah yang aku buat ni..kalau jatuh gaung ni confirm mati kataklah jawabnya"....
Repeat? Beribu kali pikir...
Doa tak henti agar perjalanan kami dilindungi-Nya. Bila time selekoh tajam, pejam mata sebab tak sanggup nak tengok...

1 1/2 jam perjalanan dengan pemanduan yang agak hati-hati oleh Chaman (driver jeep) akhirnya kami tiba di Sangla Valley. Keluar dari jeep, terasa seperti berada di dunia yang berbeza (hilang terus rasa insaf hehehe). Macam tak percaya di sebalik gunung-ganang yang tinggi menjulang, ada tempat seistimewa dan seindah ini. Serius, cantik yang amat sangat!
Pekan Sangla

Sebelum memasing terus hilang akal, kita cari penginapan dulu. Tak perlu risau bab penginapan di sini sebabnya memang banyak pilihan, tanya poket je tebal mana. Oleh kerana kami ke sini pun dah awal winter (sayangnya salji tak turun lagi huhuhu), jadinya banyak penginapan yang di tutup. Di sini, kami menginap di Ashiana Guesthouse dengan harga Rs550/night. 
 Bilik kami yang betul-betul mengadap Mt. Kinner Kallash

Jangan impikan bilik yang berheater di sini. Sejuk beku macam mana pun, pepandailah cari jalan untuk perangatkan diri memasing. Nasib baik saya minta ahli jemaah bawa sleeping bag. Itu belum masuk bab air. Boleh pula main chak-chak-ba panas-sejuknya. Nak ambil air sembahyang pun fikir sepuluh kali apatah lagi nak mandi. Tak sanggup!!

Aktiviti petang tu memang santai habis. Maklumlah hampir 20 jam perjalanan untuk tiba ke Sangla, badan memang perlukan rehat yang secukupnya. Tanya pakcik pemilik guesthouse, beliau cadangkan untuk trekking ke perkampungan yang terletak di Sungai Baspa dan ke monastery yang berada nun di atas bukit. Badan tak berapa nak kuat dan waktu pula dah mula menghampiri Maghrib (5.20pm) kami tak sanggup nak berjalan keluar. Santai sahaja di bilik dan pekan Sangla.
Cantik sangat aih di sini...
Awal tebal petang tu. Keesokan harinya puncak-puncak gunung ini dah pun ditutupi salji..

Untuk kaki shopping, di sini barangan memang murah terutamanya untuk produk-produk Himalaya. Bayangkan, lip balm cuma Rs30 (RM1.90) sahaja! Meroyan memasing tengok. Sunblock, cuma Rs70 (RM4.50). Serius, memang kami pakat borong di sini sebab murah giler. Bab makanan seperti beras, kentang, buah-buahan dan sebagainya pun memang murah giler. Kami memang beli stok bahan mentah seperti kentang, tepung, gula dan beberapa bahan lain, kosnya cuma Rs150 (RM9.70). Memang puas hati!

Malam itu, aktiviti kami memang makan aje. Dari nasi, telur dadar dan tomyam sayur hinggalah kepada cekodok pisang. Hajat awal nak layan milky way terpaksa dilupakan sebab suhu drop ke 0 darjah. Tak sanggup nak keluar dari selimut!

You Might Also Like

12 comments

  1. permandangan sgtlah cantik..menakjubkan..
    tapi perjalanannya pulak sgtlah menyeramkan..

    kak nurul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kata 'syurga di balik neraka' kakak...
      berbaloilah melalui perjalanan yg sgt pjg

      Delete
  2. SubhanaAllah view..berbaloi penat journey pjg..

    Murah sgt brg2 die

    ReplyDelete
  3. hehe..deadliest road ni pernah tengok TV...nasib baik dan bertar, bukan batu pasir

    ReplyDelete
  4. itu je penghadangnyaaaa! kalau drive sendiri ni mau bawak 20km/jam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kay..tapi tak semua tmpt ada phadang ini..tu yang seram sesangt..20km/j? hoh, saya pula rela jalan kaki kot..tak sanggup :D

      Delete
  5. mmg scary sungguh jalan ditepi gaung tu...murah sungguh bahan2 mentah, perghh...siap buat cekodok pisang..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berganda tingginya kak berbanding gaung di karak highway tu..dahlah derang ne bawa kenderaan jenis pecut..seriau sesangat...barangan kat sana sgt2 murah..teringin sgt nak makan cekodok; tekak Msia :D

      Delete

Subscribe